Latar belakang Monkey_D._Luffy

Luffy berasal dari Bandar Fuschia di East Blue. Latar belakangnya begitu unik di mana abang angkatnya Ace merupakan komander kedua armada Lanun Berjanggut Putih (Whitebeard Pirates), datuknya, Garp merupakan leftenan jeneral (vice admiral) angkatan tentera laut, dikenali sebagai wira tentera laut yang pernah beberapa kali memerangkap Raja Lanun Gol D. Roger di laut. Bapanya Dragon merupakan angkatan tentera revolusi yang menentang kerajaan sedunia.

Pada zahirnya Luffy kelihatan agak kebodohan dan lurus, dia begitu mudah mempercayai kata-kata yang tidak masuk akal walaupun daripada pihak lawannya. Walau bagaimanapun sikapnya berubah sepenuhnya menjadi seorang yang matang setiap kali dia apabila berdepan dengan sesuatu yang serius, hinggakan dia bersedia untuk menggadaikan nyawanya untuk melindungi anak kapal dan kawan-kawannya.

Luffy amat menggagumi Shanks Berambut Merah (Red Hair Shanks) sebagai idolanya sejak kecil. Semasa perpisahan kali terakhir dengan Luffy di Pekan Fussia, Shank telah menyerahkan topi jeraminya kepada Luffy sebagai amanah dengan harapan Luffy akan menyerahkannya kembali kepadanya setelah Luffy mencapai cita citanya untuk menjadi lanun terhebat.

Impian Luffy adalah untuk mencari harta karun lagenda One Piece bersama rakan-rakannya dan seterusnya mendapatkan gelaran Raja Lanun yang menjadi idaman semua lanun.